Friday 17 March 2017

PENGENALAN BOLA TAMPAR


🎬Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. 

🎬Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. 

🎬Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola.

🎬 Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan.

🎬Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang.



🎬Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. 

🎬Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

SEJARAH RINGKAS BOLA TAMPAR

     Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu oleh William G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke, Massachusetts. William G.Morgan menamai permainan ini sebagai 'Mintonette‘ dan ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar kerana ia dimainkan secara melambung
     Pada tahun 1900, permainan ini diperkenalkan di Kanada dan tersebar luas ke seluruh dunia seperti di Cuba, Puerto Rico, Filipina, Uruguay, China dan Jepun. Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris dan diadakan pertama kali pada tahun 1949.  Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR

Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang digunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB). 


A. GELANGGANG 


🔰Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. 

🔰Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang rumput dan permukaan tanah liat




B. TIANG, JARING DAN ANTENA 


 🏁Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. 

🏁Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. 

🏁Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang. 

🏁Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. 

🏁Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. 

🏁Antena diwarnakan putih berbelang merah.













C.BOLA


🏀Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan dan lembut.


🏀Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.


🏀Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. 


🏀Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.

POSISI PEMAIN



💪Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelanggang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan.

💪Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan.

💪Arah pergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam.

💪Ketika servis dilaksanakan, setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

👐Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola tampar.

👐Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.







A. TEKNIK  MENYANGGA (DIGGING)


1)Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

2)Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. 


3)Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. 

4)Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. 

5)Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. 

6)Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. 

7)Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. 

8)Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. 

9)Kendurkan bahagian atas tubuh. 

10)Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.



B. TEKNIK SERVIS

a.SERVIS BAWAH 
1)Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan. 

2)Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau menggenggam.

3)Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.







b.SERVIS ATAS
1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.

2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.

3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.

4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.










C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)





1)Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar

2)Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang kuat

3)Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman




D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
1)Sama ada run-up atau berdiri setempat

2)Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.

3)Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.

4)Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.

5)Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.

6)Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.


7)Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan mengambil tiga langkah.

8)Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.






E.TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

o Badan dan tapak tangan menghadap jaring.

o Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

o Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.


o Jarakkan jari-jari tangan. 


o Mata pandang arah pergerakan bola. 


o Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.


VIDEO PERMAINAN BOLA TAMPAR

PROFIL KENDIRI


NAMA : SYADZA ASYIQEEN BINTI RASDI
NO. K/P : 990310-11-5344
INSTITUT : KOLEJ VOKASIONAL BESUT
PROGRAM : SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN
( 3 ISK / SEMESTER 5 )
EMAIL : syadzaasyiqeen@gmail.com