Friday 17 March 2017

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

👐Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola tampar.

👐Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.







A. TEKNIK  MENYANGGA (DIGGING)


1)Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

2)Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. 


3)Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. 

4)Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. 

5)Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. 

6)Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. 

7)Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. 

8)Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. 

9)Kendurkan bahagian atas tubuh. 

10)Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.



B. TEKNIK SERVIS

a.SERVIS BAWAH 
1)Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan. 

2)Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau menggenggam.

3)Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.







b.SERVIS ATAS
1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.

2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.

3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.

4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.










C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)





1)Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar

2)Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang kuat

3)Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman




D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
1)Sama ada run-up atau berdiri setempat

2)Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.

3)Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.

4)Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.

5)Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.

6)Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.


7)Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan mengambil tiga langkah.

8)Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.






E.TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

o Badan dan tapak tangan menghadap jaring.

o Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

o Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.


o Jarakkan jari-jari tangan. 


o Mata pandang arah pergerakan bola. 


o Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.


52 comments:

  1. Pernah tgok tak, servis bola ats, bola terbang laju dan tak berpusing, bola keliru

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. http://memeyminat10.blogspot.com/2017/03/kemahiran-asas-bola-tampar.html?m=1

      Delete
  3. terima kasih atas info berguna

    ReplyDelete
  4. Panjang nye nyna salin semua

    ReplyDelete
  5. may i know servis is kemahiran bertahan or menyerang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. servis tu more kepada untuk menyerang kalau kita yg servis. but kepada yg akan menerima bola, itu more kepada pertahanan since mereka kena pastikan bola tak jatuh di area mereka

      Delete
  6. BILA KITA BOLEH BUAT AKTIVI?SAYA TAK SABAR NAK MAIN BOLA TAMPAR NANTI...

    ReplyDelete
  7. Bila kita boleh buat aktiviti

    ReplyDelete
  8. TERIMA KASIH. Banyak MEMBANTU pemahaman saya TENTANG bola tampar

    ReplyDelete
  9. Adatak fasa servis atas kepala

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian bahan yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  11. Thanks for the information! I really appriciate it!

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana berikan kefahaman tentang bola tampar.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih telah memahami saya

    ReplyDelete
  14. Saya ada amali bola tampar jadi saya hafal step step yg diberikan

    ReplyDelete